Salam takziah,
Seluruh Malaysia pastinya dikejutkan dengan berita kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda yang mangkat pada jam 7.15, 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri meninggalkan takhta negeri Johor untuk diisi oleh Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, putera sulung dari 10 orang adik beradik.
Sepanjang tiga dekad sumbangan baginda di tanah negeri Johor pastinya akan dikenang bukan sahaja oleh rakyat negeri Johor, malahan oleh rakyat Malaysia seluruhnya. Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri kabinet telah memendekkan sesi lawatan di India untuk menghadiri upacara pengebumian baginda. Negeri Pahang juga turut melahirkan rasa sedih dengan kemangkatan baginda apabila mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula 23 Januari 2010. Bahkan perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Pahang turut ditangguhkan.
Inilah semangat perpaduan yang harus kita kekalkan di Malaysia. Semoga peristiwa kemangkatan baginda ini menjadi satu peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sekarang ini dibelenggu dengan pelbagai mihnah. Al-fatihah buat yang berbahagia sultan. Semoga Allah merahmati baginda.
Saturday, January 30, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)