Saturday, January 31, 2009

PEKELILING AKADEMIK BIL. 27/2008

Semua Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut
Semua Ketua Bahagian/Pengetua Kolej
Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PINDAAN TARIKH SEMESTER 3 SESI AKADEMIK 2008-2009
(PRASISWAZAH – KAMPUS INDUK BANGI DAN FSKB)

Dengan hormatnya Pekeliling Akademik Bil. 30/2007 bertarikh 27 November 2007
(UKM 3.6.1/224/11 Jld. V) mengenai Tarikh Sesi Akademik 2008-2009 adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Senat Universiti Bil. 339 bertarikh 19
November 2008 telah bersetuju meminda tarikh perkuliahan dan peperiksaan akhir
Semester 3 Sesi Akademik 2008-2009, seperti berikut:-

AKTIVITI
TARIKH ASAL
TEMPOH
TARIKH BARU

TEMPOH
Perkuliahan
11 Mei - 28 Jun 2009
7 minggu
11 Mei - 21 Jun 2009
6 minggu

Peperiksaan
29 Jun - 3 Julai 2009
1 minggu
22 Jun - 26 Jun 2009
1 minggu

Pindaan ini dibuat kerana Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan pendaftaran
pelajar baru Sesi Akademik 2009-2010 pada 28 Jun 2009 dan Minggu Mesra Pelajar
pada 28 Jun - 4 Julai 2009.

Selaras dengan pindaan ini, tempoh minggu perkuliahan Semester 3 Sesi Akademik
2008-2009 dipendekkan kepada 6 minggu manakala tempoh minggu peperiksaan tidak
berubah.

Oleh itu, fakulti yang menawarkan kursus pada Semester 3 Sesi Akademik 2008-2009
diminta menambah jam perkuliahan pada setiap kursus bagi menggenapkan tempoh
perkuliahan kepada 7 minggu.

Bersama-sama ini disampaikan Tarikh Sesi Akademik 2008-2009 yang telah dibuat
pindaan untuk perhatian dan tindakan YBhg. Dato’/Prof./Dr./tuan/puan. Oleh yang
demikian maklumat Tarikh-tarikh Sesi Akademik Semester 3 Sesi Akademik 2008-2009
melalui Pekeliling Akademik Bil. 30/2007 bertarikh 27 November 2008 adalah
dibatalkan.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

PROF. IR. DR. HASSAN BASRI
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa)
s.k. - Naib Canselor, UKM
- Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)
- Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat)
- Pendaftar, UKM
- Bendahari, UKM
- Ketua, Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat
- Yang Di Pertua PMUKM
- Papan-Papan Kenyataan Kolej-Kolej Kediaman
berlampir

Tarikh pembelajaran n exam

SEMESTER 2, 2008-2009
* Pelajar perlu mendapatkan pengesahan pensyarah jika nama pelajar tidak dimasukkan/ tercicir daripada SMP.
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar UKM
9 Disember 2008
TARIKH AKTIVITI PENDAFTARAN & PEPERIKSAAN
30/12/2008 - 11/1/2009
(2 minggu)
Gugur/ Tambah kursus
12/1/2008 – 25/1/2009
(2 minggu)
Gugur kursus
26/1/2009 – 22/2/2009
(4 minggu)
Tarik diri kursus
26/1/2009 – 1/2/2009
(1 minggu)
Pengesahan pendaftaran kursus *
23/2/2009 – 29/3/2009
(1 minggu)
Pengesahan Masuk Peperiksaan Akhir
20/4/2009 – 10/5/2009
(3 minggu)
Peperiksaan Akhir Semester

Sunday, January 25, 2009

Digital Clock with Islamic Ornament